Kaedah Beka Melayu

Rencana ini mungkin perlu diwikikan untuk memenuhi mutu piawaian Wikipedia. Sila bantu dengan menambah pautan yang berkaitan, atau dengan membaiki susun atur rencana ini.
Klik [tunjuk] di sebelah kanan untuk butiran lanjut.

Tiada sebab dinyatakan untuk tag wikikan pada rencana ini. Anda boleh memasukkan sebab dengan menggunakan parameter |reason=, seperti berikut: {{Wikikan|reason=Sebab anda di sini}}

  • Sila gantikan markap HTML dengan markap wiki di mana sesuai.
  • Tambahkan pautan wiki. Buat pautan—di mana sesuai—ke rencana lain dengan meletakkan "[[" and "]]" pada kedua belah perkataan yang berkaitan (lihat Wikipedia:Manual gaya penulisan (pautan) untuk maklumat lanjut) dan pastikan pautan-pautan anda berfungsi seperti yang dijangkakan. Sila jangan pautkan istilah yang sudah umum pada kebanyakan pembaca, seperti pekerjaan yang biasa, istilah geografi yang terkenal, dan barangan seharian.
  • Formatkan pengenalan. Buat atau perbaiki perenggan pengenalan.
  • Susun tajuk bahagian seperti yang diterangkan di Wikipedia:Manual gaya penulisan (tajuk bahagian).
  • Letak infobox jika sesuai untuk rencana ini.
  • Kemaskan pautan lapuk/formatkan bahagian rujukan dan nota kaki, menggunakan templat petikan di mana sesuai.
  • Padamkan pesanan ini.

Ada pelbagai kaedah yang digunakan oleh para penggiat Beka Melayu untuk memurnikan Bahasa Melayu. Antara kaedah yang digunakan adalah:

Menggunakan perkataan Bahasa Melayu tulen yang sudah sedia ada dalam kamus-kamus Bahasa Melayu utama. Antara kamus yang biasa digunakan untuk tujuan ini ialah Kamus Dewan (KD) dan Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI). Contoh:

Bahasa Melayu.Bahasa Asal.Padanan Beka Melayu.Catatan.
Kerusi.Arab, "كرسي" (kursii).Seliri.KD-Sejenis kerusi (Sastera lama).

KBBI-Kursi (Klasik).

Kuih.Hokkien, "粿" (kué).Penganan.KD-Berbagai-bagai jenis kuih.

KBBI-Segala macam kue; kudapan.

Cawan.Mandarin, “茶碗” (cháwǎn).Cangkir.KD- Cawan.

KBBI- Mangkuk kecil yang bertelinga (tempat air teh atau kopi yang hendak diminum).

Menyerap perkataan daripada dialek-dialek Bahasa Melayu. Para penggiat Beka Melayu menyerap perkataan daripada dialek-dialek Bahasa Melayu dari seluruh komuniti Melayu tanpa mengira sempadan selagi mana perkataan tersebut bukan pinjaman asing bukan Austronesia. Contoh:

Bahasa Melayu.Bahasa Asal.Padanan Beka Melayu.Catatan.
Rasa.Sanskrit, “रस” (rása).Sera.Dialek Melayu Kelantan-Rasa.
Masa.Sanskrit, “मास” (māsa).Tenggak.Dialek Melayu Kedah- Ketika, masa, waktu.
Koma.Inggeris, “Coma”.Leput.Dialek Melayu Sarawak- Pengsan.

Meminjam perkataan daripada bahasa serumpun. Adakalanya para penggiat Beka Melayu akan memilih untuk meminjam perkataan daripada bahasa yang serumpun dengan Bahasa Melayu sebagai pengganti sesuatu perkataan pinjaman asing bukan Austronesia. Contoh:

Bahasa Melayu.Bahasa Asal.Padanan Beka Melayu.Catatan.
Buku.Dutch, “boek”.Serat.Jawa- Buku.
Istimewa.Sanskrit, “आस्तामेव” (āstāmeva).Semania.Sunda- Luar Biasa
Adat.Arab, “عَادَة”‎ (ʿāda).Ugari.Batak- Kebiasaan.

Menggabungkan dua atau lebih perkataan asli Melayu untuk mencipta perkataan baharu. Para penggiat Beka Melayu adakalnya perlu mencipta perkataan baharu dengan menggabungkan dua atau lebih perkataan melayu asli untuk digunakan sebagai pengganti perkataan pinjaman asing bukan Austronesia. Contoh:

Bahasa Melayu.Bahasa Asal.Padanan Beka Melayu.Catatan.
Konteks.Inggeris, "context"Rungkup.Ruang + Lingkup.
Filem.Inggeris, “film”.Wagam.Wayang + Gambar.
Video.Inggeris, "Video"Gamerak.Gambar + Gerak.

Rujukan

WikiPedia: Beka Melayu //scholar.google.com/scholar?q=%22Beka+Melayu%22 //www.google.com/search?&q=%22Beka+Melayu%22+site:... //www.google.com/search?as_eq=wikipedia&q=%22Beka+... //www.google.com/search?q=%22Beka+Melayu%22&tbm=nw... //www.google.com/search?tbs=bks:1&q=%22Beka+Melayu... http://www.jstor.org/action/doBasicSearch?Query=%2... https://www.thepatriots.asia/beka-melayu-lumpuk-uj... https://www.thepatriots.asia/pemurnian-bahasa-angl... https://twitter.com/bekamelayu?lang=en https://bekamelayu.wordpress.com/2017/08/23/beka-m...